Cara Mudah untuk Merawat kutu di kepala

sumber gambar: google image

 

Kutu di kepala adalah salah satu penyakit yang sering dialami semasa kanak2 yang disebabkan oleh serangga yang ditemui secara ekslusifnya di kepala!

 

Kepercayaan dulu-dulu sering mengatakan kutu ni disebabkan oleh kanak-kanak yang pengotor atau tak hygiene. Sebenarnya tidak sama sekali! Kutu boleh menjangkiti manusia tidak kira cara hidup, umur, bangsa dan status ekonomi.

 

Walaubagaimanapun, ia adalah masalah kesihatan umum yang serius kerana sebahagian kutu boleh membawa organisme yang menyebabkan penyakit lain termasuk demam yang berulang.

 

Sejak dulu sampai sekarang, ibubapa selalunya akan membeli shampoo kutu yang sangat tinggi kandungan chemicalnya untuk melindungi anak kesayangan mereka. Kita tidak sedar bahawa salur darah di kepala adalah sangat berdekatan dengan kulit kepala dan kulit kepala akan menyerap apa saja yang mengenainya sehingga 80%! Shampoo kutu mengandungi kimia toksik yang berat dan telah diketahui menyebabkan kesan sampingan yang serius.

 

Jom cek apa bahan kimia yang selalu digunakan untuk rawatan kutu tu dan dia punya kesan sampingan.

 

Pyrethrums and pyrethroids: sejenis pestisid boleh menyebabkan pneumonia, lumpuh otot, kematian akibat masalah pernafasan, muntah dan athma

 

Permethrin: sejenis insecticide yang mempunyai kesan sampingan yang sama dengan yang atas.
Carbaryl: yang selalu sangat di temui dalam rawatan kutu, formulasi nya pelbagai tapi sangat toksik kepada sistem saraf dan sistem pernafasan lalu menyebabkan loya, kejang perut, muntah, dan air liur berlebihan. simptom lain pada dos yang tinggi adalah kabur penglihatan, kesan pada koordinasi, peluh berlebihan dsb.

 

Fuh, semuanya racun. Dan kajian terbaru mendapati kutu sebenarnya menjadi lebih berdaya tahan kepada shampoo kutu konvensional ni sebab dia bermutasi dan menjadi kebal.
Apa yang ibubapa perlu lakukan?

 

Satu percubaan klinikal oleh Hebrew University Medical School di Israel telah menunjukkan kehebatan minyak kelapa sebagai alternative semulajadi kepada rawatan kutu konvensional.

 

Kajian ni mendapati minyak kelapa dengan herba tertentu mempunyai kadar kejayaan sebanyak 92.3 % dalam merawat kutu. (1)

 

Jadi, macamana nak guna minyak kelapa untuk rawat kutu ni?

Sikat kutu

 

  1. Mulakan dengan mengeluarkan seberapa banyak kutu yang boleh dengan menyikat rambut. Untuk ini, urut kulit kepala dan rambut dengan sedikit minyak kelapa. Guna cukup-cukup je hanya untuk seliputi rambut jangan bagi berminyak sangat. Apabila minyak kelapa disapukan pada kulit kepala dan rambut, kutu-kutu ini akan lemas dan seterusnya keluar.
  1. Guna sikat kutu dan tarik sikat tu dari kulit kepala hingga ke hujung rambut. Matikan kutu-kutu yang ada kat sikat dan ulang balik sekurang-kurangnya nya 2 kali.
  1. Lepas tu sapukan minyak kelapa yang mencukupi pada rambut. Biarkan seberapa lama yang boleh (sekurang-kurangnya 2-3 jam. Kalau perlu, boleh sapukan lagi minyak pada kulit kepala utk bagi lembap. Kalau apply di malam hari, gunakan shower cap atau lindungi bantal dengan tuala yang tebal.
  1. Sikat lagi lepas tu dan buang kutu yang dijumpai.  Masa ni, sepatutnya banyak yang dah lari/mati.
  1. Ulang selama 3 hari berturut-turut. Selepas 3 hari biasanya hanya tinggal telur-telur kutu yang kosong..

 

Whatsapp 016-6111543 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Untuk melihat produk-produk kami yang lain boleh lihat di sini : KLIK

Untuk melihat cara pembelian boleh KLIK di sini.

1 thought on “Cara Mudah untuk Merawat kutu di kepala”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
X