Cara Shampoo Rambut Yang Betul

Ok, bercakap tentang shampoo. Mungkin anda dah buat hari-hari tetapi suatu yang mengejutkan ingin kami katakan: anda sebenarnya mungkin tidak tahu cara mencuci rambut dengan betul. Dengan menggunakan teknik yang betul, anda boleh membawa perubahan yang besar kepada kesihatan, kelantunan dan kekilatan rambut anda. Tetapi, jika anda melakukan kesalahan, anda boleh merosakkan rambut kesayangan anda tanpa anda menyedarinya. Di sini ingin kami kongsikan tips tentang cara yang betul men’shampoo’ rambut mengikut 2 orang pakar rambut iaitu:

Nunzio Saviano, hair stylist dari Nunzio Saviano salon, New York, dan

Kyle White, lead colorist dari Oscar Blandi Salon

  1. Mulakan dengan membilas

Rambut anda seharusnya betul2 basah sebelum anda menggunakan shampoo. “Air yang hangat akan membuka kutikel yang mana bagus untuk menanggalkan kotoran atau lebihan produk rambut yang terperangkap dalam rambut”, kata Kyle White.

  1. Jika anda mempunyai rambut yang panjang, sapu conditioner terlebih dahulu

Ya, betul sangat! “jika anda mempunyai rambut di bawah paras bahu, lindungi hujung rambut anda yang fragile dengan menyapu conditioner dan bilas secara lembut sebelum menggunakan apa2 shampoo. Ini bukan sahaja menjadikan hujung rambut anda sihat, malah akan mengisi lubang2 pada kutikel rambut dengan kelembapan, menjadikan ia licin dan menggalakkan kekilatan,” kata White

  1. Buihkan shampoo– tapi hanya pada kulit kepala

“Anda hanya perlu shampoo rambut pada kulit kepala sahaja terutamanya di bahagian tengkuk,” kata Saviano. Cara terbaik untuk membuihkan shampoo adalah dari akar ke hujung. Rambut yang paling berdekatan dengan kulit kepala adalah yang paling muda dan yang paling berminyak. Sementara itu, rambut yang berada di hujung adalah bahagian yang paling tua dan selalunya yang paling kering, paling mudah untuk rosak.

Jangan gunakan shampoo secara berlebihan. Guna sekadarnya sahaja.

  1. Lakukan secara lembut

Geseran boleh merosakkan kutikel rambut secara kekal lalu membawa kepada rambut rosak dan mengerbang. Sila shampoo rambut anda secara berhati2 dan lembut.

“Mulakan shampoo pada akar rambut,’ kata White. “Tambahkan pengaliran darah pada kulit kepala dan rangsang pertumbuhan rambut dengan menggunakan urutan secara menegak dengan tekanan sederhana.”

  1. Jangan bilas-dan-ulang

Walau apapun arahan pada belakang botol shampoo anda, anda tidak perlu membasuh rambut anda 2 kali. Elakkan menyampoo rambut lebih dari sekali kecuali rambut tersangat kotor dan shampoo kali pertama tidak keluar buih”

  1. Sapukan conditioner dari tengah rambut hingga ke hujung

Selepas rambut dibilas, perahkan air yang terdapat pada rambut sebelum disapu conditioner. Makin lama conditioner berada pada rambut anda, makin bagus penyerapannya. Jangan sesekali letak condioner pada akar rambut anda (berdekatan kulit kepala). Boleh buat kegatalan kerana kandungan dalam conditioner boleh mnyumbat pori-pori kulit kepala.

  1. Sudahkan dengan bilasan air sejuk

Air sejuk akan menutup kutikel rambut, lalu menjadikan rambut memantulkan banyak cahaya lalu menjadikannya bersinar

Rujukan: http://stylecaster.com/beauty/how-to-wash-your-hair/

  1. Gunakan produk penjagaan rambut yang mampu menjadikan rambut sihat sempurna

Akhir sekali, selepas rambut dikeringkan, sapukan rambut dengan produk penjagaan yang mampu menjadikan rambut terus sihat. Produk penjagaan rambut GardenHerbShop menggunakan 100% minyak kelapa dara bermutu tinggi sebagai minyak asas dan di infusekan dengan herba2 dari alam nusantara sangat berkesan menjadikan rambut

  • sihat sempurna,
  • mengelakkan keguguran rambut,
  • menggalakkan pertumbuhan rambut,
  • meluruskan rambut,
  • merawat kelemumur,
  • merawat rambut mengerbang
  • merawat dan mengelak kutu
  • merawat dan mengelak uban

Produk ini telah digunakan sejak tahun 2011 dan telah membantu ramai dalam mendapatkan rambut cantik sihat sempurna.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
X