Bagaimana produk ini boleh menghalang dan merawat keguguran rambut?
Sebelum itu mari kita lihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan keguguran rambut.
Kekurangan Nutrien
Sekiranya tubuh tidak mendapat jumlah nutrien yang mencukupi boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan rambut anda yang akan membawa kepada keguguran rambut. Terlebih vitamin A, atau tidak mendapat zat besi yang cukup boleh mencetuskan tindak balas dalam bentuk keguguran rambut. (1 , 2) Oleh sebab rambut anda terdiri daripada rantaian protein, kekurangan protein juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
Faktor Keturunan
Keguguran rambut juga boleh disebabkan oleh faktor genetik. Jika anda mempunyai sejarah keguguran rambut dalam keluarga anda, berkemungkinan anda juga akan mula mengalami keguguran rambut. Keturunan adalah faktor yang besar untuk kesihatan rambut anda.
Rawatan Pada Rambut Seperti Rebonding dan Sebagainya.
Jika rambut kerinting, wavy atau mengerbang, ramai yang mungkin pernah menggunakan pelbagai kaedah untuk meluruskan rambut. Malangnya, banyak relaxers dan straighteners yang boleh menyebabkan kerosakan seperti rambut bercabang dan putus, lalu menjadikan rambut kelihatan lebih teruk daripada yang berlaku sebelum ini.
Bahan Kimia yang digunakan untuk merawat rambut anda akan mengubah struktur rambut anda menjadikan ia rosak, dan membuatkan rambut anda kusut, kelemumur, beruban, rambut menjadi lemah seterusnya kepada putus dan rosak (3).
Mewarnakan Rambut: Pewarna Rambut yang mempunyai bahan kimia.
Bahan kimia yang digunakan untuk mengubah warna rambut anda boleh menjadi faktor besar kepada keguguran rambut. Satu kajian kes mendapati bahawa seorang wanita berusia 41 tahun itu mengalami 90% keguguran rambut selepas menggunakan pewarna rambut kimia. (4).
Penuaan
Apabila anda semakin tua, kadar pertumbuhan kuku dan rambut anda berkurang. Rambut juga akan mula kehilangan pigmen, dan tumbuh lebih nipis dan rapuh.
Ketidakseimbangan hormon
Dihydrotestosterone atau DHT, adalah punca untuk rambut gugur di kalangan wanita (5). Kekurangan estrogen juga boleh menyebabkan pertumbuhan rambut yang tidak betul (6).
Penggunaan Ubat Yang Berlebihan
Penggunaan Ubat Yang Berlebihan juga kadang-kadang boleh menyebabkan rambut gugur, tetapi gejala-gejala keguguran rambut biasanya akan berhenti apabila anda berhenti mengambil ubat-ubatan. Biasanya ubat ubatan untuk pesakit tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi yang akan menyebabkan gejala-gejala rambut gugur.
Stress / Tekanan mental dan fizikal.
Tekanan boleh menyebabkan jenis keguguran rambut sementara yang dikenali sebagai telogen effluvium. Rambut anda mempunyai tiga fasa pertumbuhan – anagen, catagen dan Telogen. Fasa Telogen adalah tempoh yang mana rambut gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.Tekanan boleh menyebabkan fasa pertumbuhan rambut boleh beralih daripada fasa anagen terus kepada fasa Telogen, yang akan menyebabkan keguguran rambut. Walaupun keguguran rambut biasanya berlaku akibat daripada tekanan fizikal, tekanan emosi juga boleh memburukkan lagi masalah rambut anda.
Jangkitan kulat pada kulit kepala
Jangkitan kulat seperti kurap pada kulit kepala yang menyebabkan kerengsaan, keradangan, dan akhirnya menyebabkan rambut anda gugur.
Kehilangan berat dengan cepat.
Kehilangan berat badan dengan cepat juga boleh memberi tekanan kepada badan anda. Tekanan ini akan menyebabkan telogen effluvium atau keguguran rambut sementara yang menyebabkan keguguran rambut. Tekanan ini disebabkan oleh perubahan yang mendadak dalam diet dan aktiviti fizikal anda.
Jadi bagaimana produk ini boleh menghalang dan merawat keguguran rambut?
Kandungan utama Vegourz Hair Tonic adalah minyak kelapa dara / (virgin coconut oil) nya yang 100% asli. Cubalah google “how to prevent and control hair fall?”. Pasti jawapan utamanya ialah menggunakan minyak kelapa dara / virgin coconut oil. Jadi keajaiban minyak kelapa dara untuk keguguran rambut tidak dapat disangkal lagi.
Minyak kelapa dara boleh menyuburkan setiap helai rambut dengan menembusi jauh ke dalam batang rambut. Ia menambahkan sinar dan kelembutan kepada folikel rambut dan mencegah ia dari rosak dan kekeringan.
Minyak kelapa dara menembusi jauh ke dalam struktur rambut anda dan akan mengelakkan kehilangan protein pada rambut. (7). Apabila kehilangan protein dapat dikurangkan maka keguguran rambut dapat dikurangkan.
Selain itu, minyak kelapa dara juga boleh menambahkan kekuatan rambut dan juga diketahui mempunyai sifat anti kulat dan anti bakteria. Kandungan asid lauric yang tinggi pada minyak kelapa dara ini yang memberikan sifat tersebut. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk masalah kulit kepala yang biasa, menghilangkan jerawat pada kulit kepala dan juga boleh menghilangkan kelemumur di kepala. (8)
Apabila jumlah rambut yang gugur lebih tinggi daripada keguguran rambut yang normal, ia dirujuk sebagai masalah kehilangan rambut yang memerlukan penjagaan khas.
Diet yang tidak betul atau tidak seimbang, pendedahan kepada banyak bahan kimia atau kosmetik, hormon tidak seimbang, tekanan, kebimbangan, dan tekanan mental adalah beberapa penyebab keguguran rambut.
Minyak Kelapa dara adalah salah satu daripada beberapa minyak yang sebenarnya boleh menembusi rambut dan bertindak sebagai great conditioner. Atas sebab itu ia lebih baik daripada minyak-minyak lain (samada sintetik atau semulajadi). Jadi ia boleh membantu menjaga rambut anda dari rosak seterusnya membolehkan anda menyimpan rambut panjang.
Minyak kelapa dara juga akan secara automatic tersimpan/terkumpul ke bahagian rambut yang lemah lalu menguatkannya seterusnya menghalang rambut dari rosak. Kerosakan rambut boleh menghalang proses pertumbuhan rambut.
Selain menggunakan minyak kelapa dara bermutu tinggi sebagai based oil, Vegourz Hair Tonic juga mengandungi herba2 peransang rambut. Antaranya, daun kari, biji betik dan kunyit. Herba2 ini telah terbukti membantu menggalakkan pertumbuhan rambut
Daun kari- daun kari mengandungi gabungan nutrient penting yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut. Ia kaya dengan antioksidan dan asid amino yang mampu mengurangkan keguguran rambut dan meransang pertumbuhan rambut. Ia sangat membantu menguatkan folikel rambut (dengan cara mengelakkan folikel rambut dari menipis). Daun kari juga kaya dengan sumber beta-karotin dan protein. Beta-carotene berfungsi menghadkankan keguguran rambut manakala protein berfungsi mengelakkan rambut dari menipis lalu gugur
Biji betik- kaya dengan vitamin A yang sangat penting untuk penghasilan sebum yang membantu melembapkan rambut. Ia juga sangat kaya dengan vitamin c yang membantu pengeluaran collagen. Collagen lah yang memegang rambut bersama2 dan memberikan kekuatan seterusnya meminimumkan kerosakan. Selain tiu, kandungan folate yang tinggi membantu peredaran darah dan oksigen pada folikel rambut dan membantu mengelakkan rambut dari gugur tanpa keperluan
Kunyit- kunyit digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit kepala seperti dermatitis dan eczema yang menyebabkan kegatalan, rambut menipis dan kerengsaan pada kulit kepala. Selain itu, ia juga membantu menghilangkan jangkitan kulat yang juga salah satu penyebab rambut gugur
Oleh itu, dengan pemakaian Vegourz Hair Tonic secara konsisten pada rambut, ia akan menghalang dan merawat kerosakan rambut. Rambut yang sihat dan bebas dari kerosakan menjadikan ia kuat dan keguguran rambut pun berkurang. Sangat sesuai kepada sesiapa yang ingin menyimpan rambut panjang.
Jika anda mempunyai masalah keguguran rambut, gunakan Vegourz Hair Tonic, berkesan untuk menangani masalah keguguran dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Anda tidak perlu risau dengan bau Vegourz Hair Tonic kerana berbau lavender dan boleh dipakai dimana -mana dan pada bila-bila masa…
Hubungi 016-6111543 untuk maklumat lanjut.
Anda menggunakan minyak kelapa dara atau herba-herba yang lain sebahagian daripada produk penjagaan rambut anda? Ceritakan pengalaman anda dan kongsikan di bahagian komen di bawah…:-)