Q & A perapi rambut VCO

Assalamualaikum…
Hari ni saya ingin menjawab soalan2 mengenai PERAPI RAMBUT VCO ini. 
INGIN TAHU: PERAPI RMBUT VCO TU KALAU GUNA SETIAP HARI LEH TAHAN BRAPA MINGGU??NPA CM MAHAL SGT HARGANYA..HUHU..
Bergantung kepada kepanjangan rambut. kalau boleh dalam 3 bulan pertama tu pastikan memang rambut sentiasa diselaputi perapi tu. Dia akan repair rambut kita. jangan malas ye! lepas tu, bila dah rasa rambut dah diperbaiki, boleh la kalau nak malas2 pun. Ikut pengalaman, lepas 3 botol penggunaan, memang rasa rambut diperbaiki.
Mahal ke? Murah dah tu compare tu yun nam hair care or perawatan herba yang lain. Sebenarnya nak buat ni bukannya senang. Mula2, mengenai perbezaan minyak kelapa biasa dengan minyak VCO. Minyak kelapa biasa yang  biasanya dijual kat kedai india tu adalah dibuat melalaui proses pemanasan. Dia panaskan santan tu lamaaaa, then keluarla minyak. Minyak ni kurang elok sebab struktur molekul nya dah berubah dek pemanasan melampau tadi. Protein2 dan zat2 dalam tu dah tak asli. Minyak VCO ni dia tak panaskan tau. Dia just disejukkan sampai keluar minyak. Ambik masa berhari2! Secara ringkasnya, ni  proses buat VCO
1.                 Bagi menghasilkan satu liter minyak kelapa dara, = 10 hingga 20 biji kelapa.
2.                 Kelapa yang telah siap diparut akan diperah untuk diambil santannya dan ditambah air dengan nisbah 1:1.
3.                 Santan tadi akan ditambah dengan lapisan minyak kelapa dara dan disimpan selama lapan hingga 15 jam pada suhu bilik.
4.                 Minyak kelapa dara yang diletakkan di atas lapisan santan tadi bertindak sebagai ‘umpan’ atau pemangkin dalam penghasilan minyak kelapa dara dan selepas 15 jam akan terdapat tiga lapisan dengan lapisan minyak kelapa dara di tengah-tengah.
5.                 Lapisan minyak tadi akan diasingkan dan ditapis menggunakan kertas turas atau tisu dengan kapas.
6.                 Selepas itu hasil turasan akan dibekukan bagi mengasingkan getah kelapa yang menyebabkan bau tengik.
7.                 Selepas minyak tadi cair, ia akan dituras dua kali lagi dengan menggunakan lapisan kapas lebih ketat yang mengambil masa lebih kurang lima hari.
8.                 Pada kebiasanya proses menghasilkan minyak kelapa dara mengambil masa lebih kurang seminggu
Sebenarnya perapi rambut ni kira murah sebab dia adalah 100% minyak kelapa dara, homemade, takde kos sewa kilang, takde kos utk cop GMP dan bermacam2 lagi.
Kenapa perapi kat pasaran murah? Sebabnya adalah ia dicampuri minyak mineral yang teramat gila nak mamp murahnya. Minyak mineral adalah minyak buangan dari petroleum. Kos nak buang dia lagi mahal dari kos nak beli nya. Ia mengandungi hidrokarbon. Hidrokarbon tu hanya utk kereta bukan utk kulit. Minyak kelapa ada protein dan asid lemak yang memang diciptakan utk kulit manusia disamping struktur molekul nya yang kecil agar mudah diserap kedalam lapisan kulit atau rambut. Thats why minyal kelapa merawat dari dalam. Kalau ragu2, pegila cek label2 kat kedai sana.
Kalau masih ragu2 bolehla cari produk VCO untuk rambut yang lain dan comparekan harga. Tapi check label ok. Kalau yang ada campuran minyak lain, tak aci tau!
INGIN TAHU: BOLEH CARI KT KEDAI MANA2 KA SELAIN DRPD BELI ON9??SEBAB NK JIMAT DUIT PEMBAYARAN POS..HEHE.
30 Jun 12, 06:14 AM
Produk ini adalah diusahakan secara kecil-kecilan secara homemade. Produk ini selalunya dihantar ke kedai2 atau ekspo atau gerai di sekitar kelantan sahaja. saya memberanikan siri menjual online sebab nak kongsi kepada semua tentang pencarian saya kepada rambut yang sihat telah berakhir. Percayalah, tiada minyak yang dapat menandingi minyak kelapa utk rambut. Jomlah kita bantu usahawan kampung yang tiada bajet utk pengiklanan secara besar2 ran seperti produk lain ini maju dan maju. Janganlah mudah tertarik dengan produk chemical yang mana kesa nya cepat tetapi bertindak secra luaran sahaja dan tidak kekal lama. selain itu, dengan membeli secara online, anda dapat harga yang lebih murah.
INGIN TAHU: RAMBUT YG MENGERBANG DIJAMIN AKN LURUS KA LEPAS GUNA PRODUK NI??X ADA SIDE EFFECT KA SPRTI MENYBBKN KEGUGURAN RMBUT?SORRY..BNYK PLAK TANYA.SYA AGAK BERMINAT TPI ADA BBRAPA PERSOALAN
30 Jun 12, 06:15 AM
perapi ini adalah 100% dari bahan semulajadi dan saya jamin 100% takkan bagi kesan sampingan. Boleh digunakan untuk bayi baru lahir hingga kepada yang tua. Ia digunakan utk menyuburkan rambut kita, jauh sekali nak buat keguguran. Cuba lah guna dulu 3 botol sampai habis dan rambut takkan mengerbang lagi. Percayalah! Kalau masih mengerbang, silalah complain di fb page http://www.facebook.com/GardenHerbsShop.
INGIN TAHU: KALAU TIBA2 STOP GUNA PERAPI NI,ADAKAH RAMBUT AKAN KEMBALI KE ASAL SPRTI KERINTING OR MENGERBANG??ADAKAH IA MEMBERI MANFAAT JANGKA MASA PNJG ATAU PENDEK SJA??
30 Jun 12, 06:16 AM
Perapi rambut VCO ini dia merawat rambut dari dalam sebab struktur molekul nya yang kecil membolehkan nya meresap ke dalam. Setelah penggunaan untuk jangkamasa tertentu, ia akan merawat rambut kita dengan kandungan asid lemak di dalam nya. Bila dah berhenti penggunaannya, rambut akan terus sihat. Tetapi, bila dah lama2 takde protection, rambut akan kehilangan proteinnya, dan boleh menyebabkan ia rosak kembali. Tetapi ini juga bergantung kepada cara kita jaga rambut kita. Ada baiknya teruskan pengguanaan perapi ni sebab kajian mengatakan bahawa minyak kelapa adalah satu-satunya minyak yang boleh menghalang kehilangan protein dari rambut (kehilangan protein bermaksud kerosakan rambut). refer di sini . Lagipun, ia juga terbukti boleh mengelakkan/melambatkan penuaan rambut (uban) dengan penggunaan yang berterusan. Apa2 pun terserah kepada anda.
INGIN TAHU: KALU DH PAKAI BERTAUN2 N TIBA2 BERENTI,APA AKAN JADI PDA RMBUT TU..KEMBALI KE BENTUK ASAL KA??
30 Jun 12, 06:18 AM
Soalan ni lebih kurang sama ngn soalan sebelum ni.
INGIN TAHU: SEKIRANYA DH JADI REGULAR CUSTOMER,BOLEHKAH MENDPTKN PRODUK NI DGN HARGA YG LEBIH MURAH?? X DA HARGA AHLI KA??SEBAB ADA ANTARA CUSTOMER ADLH MASIH STUDENT..MCM SYA.HEHE~MEKASIH
30 Jun 12, 06:19 AM
Memang saya akan bagi harga istimewa untuk regular customer saya.
Itu saja. Harap membantu…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
X