Betulke ke Perapi Rambut VCO boleh meluruskan rambut??


Assalamualaikum..
Sedar  tak sedar entry saya yang paling ramai pengunjung ialah yang ni, “meluruskan rambut secara semulajadi”. Lepas tu, bila nak beli tu ramai yang tanya betul ke boleh luruskan rambut. Jawapannya ya. ia akan membuat kan rambut kita lurus dari biasa. tapi bukan membuat kan rambut kita lurus luar biasa. sebab nya ini adalah kaedah semulajadi yang takkan merubah struktur asal rambut kita. Apa yang saya tulis dalam entry tu berdasarkan dengan apa yang saya search berkenaan minyak kelapa iaitu kandungan utama Perapi Rambut VCO dan juga pengalaman saya sendiri selama 2 tahun lebih mengamalkan perapi ni. serius cakap, rambut saya memang jenis kerinting tegar. sekrang ni dia jadi leboih lurus, sihat dan saya boleh potong pendek tanpa risau ia akan jadi kembang bila  tak diikat. tapi of kos la takla lurus kejung macam rebonding ye. jujur saya cakap, bila nampak orang rebond, tak cantik pun sebenarnya. nampak fake. kira lurus semulajadi ni lagi cantik walaupun tak la lurus seperti pembaris. yang penting sihat, terurus dan lebih lurus dari dulu.
            Apa2 pun akalau anda nak meluruskan rambut secara natural, minyak kelapa la jawapannya. Cuba la search sendiri. Tapi serius cakap dia bergantung kepada keadaan asal rambut kita. dengan penggunaan dalam jangka masa tertentu, ia akan menghilangkan segala jenis kerosakan pada rambut kita sekaligus melembutkan nya. bila dah lembut, rambut akan jadi  tidak mengerbang dan lebih lurus dari biasa. Dan kebiasaan juga, bahagian rambut yang selalu diikat menjadi lebih lurus berbanding bahagian yang dilepaskan kerana rambut yang lembut menjadi senang dibentuk. kalau yang jenis rosak teruk, akan ambil masa la dia nak lurus. tapi kebiasaaan nya tempoh keberkesanan nya adalah dari 8 bulan hingga setahun.
            Hasil kajian saya berkenaan rambut ni, selain memakai perapi rambut VCO yang saya jual tu, kita juga perlu melakukan perawatan minyak panas  pada rambut seminggu sekali atau paling tidak pun 2 minggu sekali untuk dapatkan kesan yang lebih optimum. Boleh klik link ni untuk tutorial. Untuk perawatan minyak panas tu, guna extra VCO ni ye. Extra VCO ni memang 100% pure dan boleh diminum.Klik sini untuk cara2 beli.


Bukan seperti teknik rebonding yang akan meluruskan semua jenis rambut. Sebenarnya teknik rebonding tu dah mengubah keadaan asal rambut kita. bagi saya, apa2 saja yang mengubah kejadian asal akan merosakkan struktur, menampakkan kepelikan dan adalah tidak sesuai. itu adalah pendapat saya.  terpulang lah pendapat masing2. Pada pendapat saya, yang biasa2 dan bukan seorang yang obsess jelita ini, lebih baik menjaga apa yang Allah bagi sebaik mungkin tanpa melakukan apa2 perubahan sebab saya percaya apa yang Allah bagi tu adalah yang terbaik. Rambut kerinting adalah cantik bila nampak terurus dan tidak mengerbang. Lagipun khazanah alam semulajadi ni terbukti sangat bagus untuk dalaman dan luaran dan rugi kalau sapa tak guna. Memang terbukti  secara turun temurun sapa yang sentiasa guna santan/minyak kelapa akan menjadikan rambutnya nampak terurus,  muda, uban lambat, tiada kerosakan dan sebagainya. Pilihan ditangan anda. Produk Perapi rambut ni mengandungi minyak kelapa dara sebagai kandungan utama (minyak yang tidak dihasilkan melalui pemansan dan masih mengekalkan struktur molekul yang asal) dan jugak dicampur sedikit herba serta ianya berbau sangat segar. Saya sendiri sebenarnya dahlama nak pakai minyak kelapa (sebab dah lama tau kehebatan nya) tapi msalah bau yang kurang menyenangkan membuatkan saya memendamkan niat sehinggalah sepupu  saya memperkenalkan produk ni .Apa yang saya boleh jaminadalah memang anda akan berpuas hatri dengan hasilnya.

Apa yang saya tulis ni bukan propa ye. ingat tak jenama satu shampoo yang  pernah gunakan tagline “lurus seperti teknik rebonding”. saya yakin kita ditipu oleh marketing semata2. Saya tahu takde sapa pun yang dapat hasil rambut lurus seperti rebonding dengan pakai shampoo tu. Tapi percayalah pada bahan semulajadi ni. Bahan dari alam semulajadini adalah yang terbaik sebenarnya tetapi pemikiran kita dah dikuasai  oleh industry farmaseutikal dan sebagainya yang mengaut keuntungan yang banyak dari formula kimia yang diorang reka dan mereka poyo-poyokan. Hakikatnya memang poyo.  J
Sebenarnya, sepanjang saya jual perapi ni, takdela pulak komplen cakap, “nape rambut saya tak lurus pun”. Saya tulis entry ni sebab kalau ada yang tanya lagi, senang lah saya suruh je refer link ni. letih jugak kalau nak terangkan kat sorang2 kan.

gambar selitan
kerinting itu menawan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
X