Keburukan Dan Kesan Sampingan Teknik Rebonding Pada Rambut

Kesan sampingan serta keburukan teknik rebonding pada rambut

Rambut lurus rebonding telah menjadi trend sejak lebih sedekad yang lalu. Dari artis, para professional hingga ke rakyat biasa, semuanya mahu rambut yang lurus kekal.  Sehubungan dengan itu, masalah rambut juga semakin tumbuh seperti cendawan . Sebahagian besar  kaum2 wanita di Malaysia pernah rebonding kan?

Tetapi,

adakah anda sedar bahaya2 yang menanti bila anda meluruskan rambut anda secara kekal dengan teknik rebonding?

Tahukah anda ia boleh menjadikan rambut anda botak jika tidak dilakukan dengan kaedah yang betul?

Tahukah anda ia boleh menjadikan rambut anda yang asalnya lembut itu rosak buat selamanya?

Adakah anda mengawasi kandungan tinggi bahan kimia yang digunakan sebagai agen pelurus tersebut?

Oh, rebonding ni ada kesan sampingan ke?

Ya, rebonding dan straightening rambut mempunyai kesan sampingan yang berbahaya. Dan jika anda merancang untuk melakukan prosedur2 ini anda sangat dinasihatkan untuk meneliti  tentang bahaya dan keburukannya sebelum membuat keputusan!

Produk penjagaan rambut yang tinggi kandungan kimia adalah berbahaya untuk kesihatan rambut anda

Meluruskan rambut secara kekal (rebonding dan straightening) bermakna anda mendedahkan rambut anda kepada bahan kimia yang banyak dan pengering (flat iron) yang bukan saja mengeringkan helaian rambut anda, malah hingga ke akar rambut. Ini mendedahkan anda kepada rambut gugur dan rambut akan menjadi rapuh lalu senang untuk putus. Keadaan ini akan bertambah2 teruk jika anda terus-terusan menggunakan flat iron atau dryer selepas rebonding. Lama-kelamaan akan terjadi tompokan2 rambut yang sudah botak!

Untuk mengurangkan kesan buruk ini  , sila lakukan di salon rambut yang professional sahaja!

Kerosakan rambut selepas rebonding

Jika anda cukup bertuah, anda mungkin bukan mangsa rambut gugur akibat rebonding. Tetapi, bersedialah untuk menghadapi satu lagi kesan buruk akibat rebonding. Iaitu rambut anda terbakar dan rosak. Penggunaan bahan-kimia-pelurus-rambut yang tinggi akan membakar helaian rambut dan menjadikan rambut berserabut, tidak kemas  dan tidak sihat.

Anda juga mungkin akan mengambil masa yang lama dan usaha yang berterusan untuk merawat rambut anda yang rosak akibat rebonding. Rawatan menggunakan herba adalah yang paling berkesan tetapi anda terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk mendapatkan rambut yang sihat dan bersinar kembali berbanding dengan mereka yang tidak melakukan rebonding.

Penyebab kepada keguguran rambut secara kekal…(permanent hair loss)

Penggunaan dryers dan blowers yang berlebihan, boleh menyebabkan kerosakan kutikel rambut. Bila kutikel rambut rosak, bermakna anda telah mengalami keguguran rambut yang kekal.  Kadar kejayaan rebonding anda bergantung kepada proses yang terlibat dan penggunaan bahan kimia serta protective compounds yang digunakan. Dapatkan perkhidmatan dari beautician yang professional dan berpengalaman yang mahir sekali tentang proses meluruskan rambut. Beautician yang tidak berpengalaman boleh menyebabkan rambut anda tidak kemas dan menjadikan rambut rosak yang tidak dapat diselamatkan.

Bila kutikel rambut rosak, akar rambut pun rosak lalu pertumbuhan rambut terhenti!anda mungkin botak untuk selama-lamanya! Oleh itu, sangatlah penting untuk anda melakukan research ke atas salon dan perkhidmatnnya sebelum anda rebonding. Kalau boleh, cuba tanya pengalaman pelanggan mereka yang sebelumnya.

Hujung rambut bercabang – simptom yang perlu di rawat segera

Simptom ini menunjukkan bahawa kesihatan rambut anda adalah membimbangkan. Sebab utama hujung rambut bercabang adalah penggunaan bahan kimia yang keras pada rambut yang lembut dan sensitif semasa sesi rebonding/straightening. Hujung rambut bercabang bermaksud rambut yang rosak dan pertumbuhan rambut telah terhenti. Dan ia adalah salah satu sebab kenapa wanita kehilangan rambut hari demi hari.

Untuk menghilangkan masalah ini, selalunya rawatan rambut menggunakan bahan semulajadi membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat

Tekstur rambut yang hilang dan rosak

Penting di sini untuk difahami, apa2 sahaja proses yang melibatkan bahan kimia akan mengganggu proses semulajadi dalam tubuh badan manusia. bila rambut anda sudah kehilangan warna dan tekstur, amatlah susah untuk dirawat.

Alergi

Pendedahan kepada haba dan bahan kosmetik yang tinggi boleh menyebabkan alergi seperti kegatalan pada kulit kepala, melepuh dan sebagainya. Ini sangat menyakitkan dan sukar untuk dirawat.

Kesimpulan

Kesan sampingan teknik rebonding pada rambut betul2 akan membuatkan rambut anda bermasalah. Jika kurang bernasib baik, anda mungkin botak buat selam-lamanya. Cari salon yang mempunyai hair dresser yang berpengalaman dan certified.

Akhir kata, bertindak bijak lah dengan memilih cara semulajadi untuk meluruskan rambut anda. Ia tidak melibatkan bahan kimia. Jadi, rambut anda terselamat dari kesan bahaya rebonding. Anda boleh menguruskan kekeritingan rambut anda di rumah dan menjadikan ia lebih lurus. Malah, ia menjadikan rambut anda sangat cantik berbanding rambut yang di luruskan secara rebonding. Cuma perlukan PRODUK dan PANDUAN yang betul.

Rebonding…?

? merosakkan rambut

? rambut terlalu lurus seperti pembaris dan takda volume langsung (nampak palsu)

?hanya cantik sementara. Lepas sebulan, rambut yang keriting akan keluar dengan lebih teruk dan anda akan nampak sangat pelik sebab atas kerinting bawah lurus

?kimia yang digunakan adalah toksik dan boleh menyerap ke dalam scalp dan akar rambut lalu menjadikan rambut gugur dengan teruk

Rujukan: http://www.findhealthtips.com/side-effects-hair-rebonding/

__________________________________________

Untuk itu, di sini kami sertakan PENGALAMAN-PENGALAMAN orang ramai yang telah melakukan teknik rebonding

“Rebonding gives you short lived happiness. It’s not worth it at all in the long run. If you are thinking about getting your hair rebonded, I would dissuade you completely. Just don’t do it. It’s not worth your time and money. Just look after your hair. Treat it with respect and care. Try to avoid hot tools for everyday use. I hope this post helps atleast someone out there decide against getting their hair rebonded.”

http://nazninazeez.com/2013/11/25/my-experience-with-hair-rebonding/

1 thought on “Keburukan Dan Kesan Sampingan Teknik Rebonding Pada Rambut”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
X