Tujuan Bisnes

Sebenarnya sudah 4 bulan aku menjalankan bisnes yang teramat lah kecil-kecilan nya iaitu perapi rambut. Walaupun dalam malas2, kejap on kejap off, aku berjaya jual  lebih kurang 30 botol secara lansung dan juga secara online (tk byk pun). Seriously, aku  tak buat apa2 marketing dan usaha boleh dikatakan zero. Lagipun, terlibat dalam bisnes ni secara tak sengaja.

                Aku mempunyai masalah rambut sejak dari dulu lagi. Memang menyampah ngan rambut ni. rambut aku jenis yang curly. Orang yang rambut curly ni akan paham lah kan. Rambut curly ni memang kering berbanding rambut lurus, susah nak diurus, bila bangun tido macam hantu kak limah dan bermacam2 lagi masalah. Orang yang rambut curly ni memang wajib pakai minyak rambut/ perapi atau pelembap sebab kalau tak dia akan jadi sangat mengerbang. Oleh itu aku dari kecik memang akan pakai minyak. Dan minyak yang aku bajet macam bagus adalah minyak baby oil Johnson. Dari kecik pakai. Takde apa improvement. Makin teruk adalah.
                Sebab sangat2 fed up ngan rambut nih, aku ke saloon untuk rebond. Masa tu tahun 2 kat u. amoi tu kata rambut aku sangat teruk, kering, rapuh, bercabang. Dia Tanya pakai minyak apa ni? aku jawab lah baby oil. Dia kata baby oil tu sebenanya mineral oil (sumber dari perut bumi /petroleum).  Boleh tgk kat ingredirent pada botol. Tak elok sangat untuk rambut atau kulit. Minyak yang bagus adalah minyak dari buah. (minyak kelapa, minyak zaitun, minyak jojoba, minyak badam). Start dari tu, aku  pun guna la minyak zaitun yang berlambak kat supermarket tu. Aku guna yang safi atau eversoft. Aku tak tau betul ke tak tu minyak zaitun asli tapi minyak2 tu just bagi kelembapan sementara ( masa pakai je). Bila shampoo out, dia kering balik. Mungkin formula nya jenis non-grease. Bertahun2 jugak pakai tapi kerosakan rambut masih nyata. Masa time2 ni, aku memang selalu rebond, memang penyelamat gak la rebonding nih. Tapi hanya sekejap je. Bila tumbuh rambut baru, rambut kita akan jadi sangat hodoh. Atas kerinting, bawah lurus. Sekali lagi aku tak puas hati. Sampai bila aku hidup nak merosakkan rambut dengan rebonding ngan chemical segala. Memang tak elok semua tu, silap2 rambut rosak teruk dan leh jadi botak. Lebih baik rambut hodoh dari botak. Getus aku di dalam hati.
                So, kali terakhir aku rebond adalah 6 bulan sebelum kahwin. Selepas itu, dah malas nak layan. Lantak ko la rambut. Sehinggalah sehari sebelum bersalin aku pergi kenduri kawan dan suami ajak gi rumah sepupu dia. dipendekkan cerita, sepupu dia memang buat produk minyak kelapa dara secara kecilan kat rumah. Aku nampak bende tu atas meja. Dia tak offer pun aku suh beli, tapi aku ni memang pantang nampak produk untuk rambut, memang akan beli. So, aku beli lah walaupun harga dia agak mahal compare ngan minyak rambut biasa ket kedai.  Aku beli 3!! Then, aku guna la macam biasa. Mula2 guna aku perasan dia punya tekstur lembut dan tahan lama kelembapannya. selepas google2, memang minyak kelapa adalah minyak yang sangat ajaib untuk rambut. so, aku yakin dengan produk ni, kita kena sedar  benda2 semulajadi ni kesan dia perlahan tetapi untuk long term effect sangat bagus. Yang penting kita kena sabarlah. Jadi aku terus guna dengan hepy. Lepas guna punya guna habis 3 botol dalam masa 6 bulan, kesannya amat sangatlah ketara. Masalah rambut semuanya hilang. Rambut pulak jadi jatuh dah tidak mengerbang. Tak perlu nak cari getah rambut dulu bila bangun  tidur. Tersangatlah gembira. Bagi orang yang mempunyai masalah rambut yang teruk seperti aku, mesti rasa sangat2 teruja.
                Selepas tu, oleh kerana takde masa nak gi beli lagi, aku pun stop untuk 2 bulan. Memang rasa tak bes. Oleh sebab itulah, kali ni aku tambah stok dengan banyak nya. boleh jual kat kawan2 jugak.
                Kesimpulannya, tujuan aku berbisnes ni memang iklas dari hati nak tolong orang yang senasib ngan aku. Serius aku cakap nil ah cara yang paling berkesan dan murah untuk merawat rambut kita dan untuk long term pulak rambut akan nampak muda. Kedua, nak pastikan produk ni terus di producekan. Sebab dia dihasilkan secara kecilan kat rumah. Oleh itu, aku rasa bertanggungjawab nak warwarkan kat semua tentang produk ni supaya terus mendapat permintaan lalu diproducekan selalu. susah nak jumpa minyak rambut yang dari bahan semulajadi sahaja (takde sintetik) tapi dia tak bau sebab campuran herba2 dia. ketiga, nak bantu usahawan2 industri kecil melayu muslim ni supaya produk mereka yang bagus dan 100% asli ni terus mendapat sambutan. Maklumlah, marketing yang grand memerlukan kos yang besar. macam produk2 kat pasaran tuh. Bukan nya bagus mana, iklan je lebih..sapa2 yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ni sila like di facebook page.
http://www.facebook.com/GardenHerbsShop

2 thoughts on “Tujuan Bisnes”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
X