Tahukah anda banyak produk2 skincare di sekeliling anda adalah terdiri daripada mineral oil. Apa itu mineral oil? Mineral oil adalah dari produk petroleum. Ia datang dari sumber yang sama dengan petrol untuk kereta kita. Minyak bayi dan Vaselin dibuat sepenuhnyaoleh minyak ini. Manakala terdapat mineral oil dalam jumlah yang tertentu untuk moisturizing cream dan lip balm. Mineral oil teramatlah murah nya dan memeng digunakan secara meluas. Kos untuk buang dia lagi mahal dari nak beli dia. cuba bayangkan sebab tu dia meluas digunakan. Banyak produk2 minyak rambut di pasaran memang ada minyak ini. Even dia claim ttu minyak kelapa/zaitun pun, kita kena check ingredients pada label produk. Minyak mineral ni jugak dikenali sebagai paraffin wax, liquid paraffin, and petrolatum.
Sebagai contoh, saya ambil satu produk yang saya jumpa hari tu. Minyak rambut ni memang murah dan kat label dia tulis ‘herbal hair oil’. Tapi cuba tgk ingredient dia, memang ada campuran mineral oil (lihat tanda kuning yang saya dah highlight). Sebab tu dia murah. Sebenarnya banyak lagi produk2 yang herbal tapi dah dicampur ngan minyak mineral. Boleh check sendiri .
Penggunaan mineral oil ni menjadi perdebatan. Satu pihak mendakwa ia selamat digunakan kerana sudah di jual di pasaran selama 100 tahun. Walaupun berasal dari petroleum, tapi gred nya adalah di paras yang selamat.
Pihak yang satu lagi pula mendakwa mineral oil ni bahaya kerana:
Minyak mineral bertindak sebagai satu lapisan nipis pada kulit. Ia adalah sukar untuk diserap dan akan menyumbat liang kulit kita. Ini akan mengurangkan keupayaan kulit untuk membuang toksik dari badan. Ingat, kulit adalah organ terbesar badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan secara keseluruhan!
Walaupun pandangan orang, saya lebih suka membawakan bukti2 dari kajian saintifik berkenaan hal ini. Satu kajian yang telah dilakukan ialah mengenai kesan minyak mineral, minyak sunflower dan minyak kelapa untuk menghalang kerosakan rambut.
___________________________________________________________________
Tajuk: Effect of mineral oil, sunflower oil, and coconut oil on prevention of hair damage.
Penulis: Rele AS, Mohile RB.
Tempat: Research and Development Department, Nature Care Division, Marico Industries Ltd., Mumbai, India.
Penerangan mengenai kajian.
Menurut penyelidikan yang diterbitkan sebelum ini, menunjukkan minyak kelapa boleh menghalang kerosakan pelbagai jenis rambut.
Keputusan yang diterbitkan sebelum ini menunjukkan minyak kelapa boleh menghalang kerosakan pelbagai jenis rambut. Menggunakan kaedah yang sama, percubaan telah dibuat untuk mengkaji sifat-sifat minyak mineral dan minyak bunga matahari pada rambut. Minyak mineral dipilih kerana ia banyak digunakan dalam formulasi minyak rambut di India, kerana ia semulajadinya tidak berminyak , dan kerana ia adalah lebih murah daripada minyak sayuran seperti minyak kelapa dan bunga matahari. Kajian ini telah diperluaskan kepada minyak bunga matahari kerana ia adalah kedua paling banyak digunakan dalam industri minyak rambut kerana ciri nya yang tidak berbau.
Bilangan ujian yang telah dijalankan adalah jumlah yang sangat tinggi dan teknik yang disebut sebagai Rekabentuk Taguchi Pengujikajian telah digunakan. Hasil kajian jelas menunjukkan impak yang kuat ke atas aplikasi minyak kelapa pada rambut berbanding dengan aplikasi bunga matahari dan minyak mineral. Antara tiga minyak, minyak kelapa adalah satu-satunya minyak yang boleh mengurangkan kehilangan protein secara luar biasa. Kedua-dua minyak bunga matahari dan mineral tidak membantu sama sekali dalam mengurangkan kehilangan protein daripada rambut.
Perbezaan dalam keputusan adalah disebabkan oleh komposisi setiap minyak ini. Minyak kelapa, trigliserida lauric asid (asid lemak utama), mempunyai afiniti tinggi untuk protein rambut dan, kerana berat molekul yang rendah dan rantaian linear yang lurus, dapat menembusi di dalam batang rambut. Minyak mineral, iaitu hidrokarbon, tidak mempunyai pertalian untuk protein dan oleh itu tidak mampu untuk menembusi dan menghasilkan keputusan yang lebih baik. Dalam kes minyak bunga matahari, walaupun ia adalah trigliserida asid linoleik, kerana struktur yang sangat besar kerana kehadiran ikatan kembar, ia tidak menembusi gentian, seterusnya mengakibatkan kesan tidak baik ke atas kehilangan protein.
Kesimpulannya minyak kelapa menghalang kehilangan protein pada rambut seterusnya menghalang kerosakan rambut. Kandungan nya juga membantu memulihkan rambut yang rosak.
_________________________________________-
Terlalu banyak kajian2 yang dah dilakukan sebenanya. Bukti dah ada depan mata. Apa tungu lagi. Allah dah ciptakan minyak kelapa untuk rambut dan kulit kita. (dapat serap ke dalam rambut dan kulit) Minyak mineral tu hanyalah minyak buangan. Walaupun mungkin tak bagi kesan negative, tapi khasiat nya untuk rambut zero. Walaupun minyak kelapa ni mahal sikit, tapi ia sangatlah berbaloi2 kerana ia menjamin rambut anda sihat, tidak rosak sepanjang usia anda. Malah rambut rosak pun memang akan di pulihkan dengan minyak ini. Saya dah rasa perbezaannya. Belilah produk ini dan istiqomahla menggunakannya kerana ianya dari alam semulajadi yang bertindak secara perlahan tapi menyelesaikan masalah dari akar umbi dan tiada lansung kesan sampingan.
rutin penjagaan rambut yg sempurna dari alam semulajadi |
Untuk satu botol (130 ml RP= rm 46.90) tahan 4 bulan. Sangat murah maintenance rambut anda. Kalau tudung setakat RM30 tu sebelah mata je kita beli kan. tudung dah lawa. Rambut pun kena la cantik. Kelebihan perapi rambut ini adalah 100% menggunakan minyak kelapa dara tanpa campuran minyak mineral, tidak berbau kelapa (bau limau purut), mudah di apply (botol spray), senang dibawa kemana2 (minyak x meleleh) dan terdapat campuran herba lain untuk kesihatan optimum rambut kita dan membantu meluruskan rambut. Sila klik pada tab menu katalog untuk mengetahui lebih maklumat tentang produk ini.