Fakta: Lima langkah betul memakai minyak rambut


Assalamualaikum.
Ni saya dapat dari paper metro. Jom  baca. Yang tulisan merah tu apa yang saya komen.
Fakta:

Lima langkah betul memakai minyak rambut

1. Sentiasa gunakan minyak yang suam. Ini kerana ia dapat membantu meresap hingga ke bahagian akar berbanding minyak yang berada pada suhu bilik. Justeru, minyak perlu dipanaskan di dalam mangkuk kecil menggunakan api pada tahap paling rendah sebelum disapu pada rambut. (sekali-sekala boleh la panaskan, nak buat selalu tu tak sempat la, kan)

2. Gunakan bebola kapas untuk menyapu minyak pada kulit kepala. Perlu diingat, minyak perlu disapu pada kulit kepala. (utk rambut kumumur dan yang mempunyai masalah kulit kepala, sangat sesuai)
3. Gunakan jari untuk mengurut kulit kepala dalam gerakan membulat. Jangan tarik akar rambut ketika mengurut.

4. Balut tuala panas di kepala dan biarkan selama lapan atau 10 minit. Ulangi langkah sama sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali. Ia bukan saja dapat memberi manfaat kepada rambut tetapi membantu menenangkan badan dan minda.

(yang ni sangat disuggestkan. Ala, macam kita stim rambut kan. Memang lembut sangat rambut lepas tu, buat je kat saloon nak senang. Kalau tak sempat balut je ngan tuala panas kat umah).

5. Ketika membasuh, jangan letak syampu secara langsung pada kulit kepala. Campurkan syampu dengan air di dalam gelas dan tuangkan di atas kepala atau di tapak tangan. Urut kulit kepala walaupun ketika mencuci. Jangan lupa untuk sapukan perapi rambut selepas mencuci. (dr dulu, sy tak suka perapi yang kena bilas tu (conditioner) sebab malas nak bilas. Sebab tu rambut jadi macam sabut kelapa :p)

ok, yang ni pulak perkara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan rambut cantik:

1.      Sapu minyak suam seminggu sekali. (refer tutorial  di link ni)
2.      Biarkan minyak pada kulit kepala semalaman untuk memberi lembapan. (dengan perapi rambut VCO yang sy jual tu, nak biar minyak 24 jam pun tak pe. Sebab dia x busuk)
3.      Jika mengalami masalah kutikel rosak, bungkus kepala dengan tuala yang distim. (yang ni memang bes. Stim kt saloon lg bes)
Then, ni pulak perkara yang tidak boleh dilakukan untuk mendapatkan rambut menawan:
1.      Jangan biarkan rambut yang tidak dicuci disapu dengan minyak jika anda harus bekerja di bawah sinaran matahari atau debu. Ini kerana minyak akan menyebabkan habuk melekat dan sinaran matahari yang panas mengeringkan rambut lebih cepat. (betul2! Seeloknya shampoo rambut bersih2 baru pakai minyak, kalau tak jadi gatal. So, kalau kita shampoo 2 hari sekali, minyak pun sapulah 2 hari sekali means after shampoo n rambut kering)
2.      Jangan sapu minyak secara berlebihan pada rambut yang panjang kerana akan membuatkan rambut menjadi lebih kering. (err.. yang ni tak sure pulak)
3.      Elakkan mengurut dengan minyak jika kulit kepala anda kategori berminyak. (memadailah bila apply minyak kat rambut tu, gunakan hujung jari untuk urut kepala sikit2. So, minyak sikit2 je yang kena kulit kepala)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
X