Cara menjaga rambut keriting, kusut dan mengerbang.

6 larangan untuk si rambut keriting

“Kadang-kala kita terlalu sibuk untuk mengubah apa yang ada pada kita tanpa kita cuba memahami nya, menjaganya dengan baik dan mengelakkan sesuatu yang menyakitinya. Bukan saja pada manusia begitu juga pada apa2 yang kita sayangi termasuklah rambut kita.

Jom kita tengok apakah perkara2 yang perlu dielakkan untuk rambut keriting. Kami senaraikan 6 perkara yang sangat kritikal untuk anda elak jika ingin mendapatkan rambut keriting yang sihat dan cantik.

Pertama: sikat rambut ketika kering!

 Rambut keriting sangat senang untuk kusut dan antara perkara yang paling teruk anda lakukan adalah menyikat rambut anda ketika ia kering!

Menyikat rambut yang kering boleh menyebabkan rambut rosak dan bercabang!

Bila rambut anda kering, semburkan sedikit air dan kunci air tersebut dengan mengapply GardenHerbShop Hair Tonic selepas itu.

Gunakan tangan atau sikat yang bergigi jarang.

Usaha tersebut membantu anda mengekalkan rambut yang panjang dan sihat.

Kedua: gunting ketika rambut basah.

 Takda masalah pun sebenarnya gunting bila2. Tapi jika anda menggunting rambut ketika basah, bila dia dah kering, style rambut anda akan jadi lain. 

Ketiga: shampoo terlalu kerap!

 Rambut keriting secara semulajadinya adalah kering. Bila shampoo minyak semulajadi pada rambut akan hilang dan membuatkan rambut jadi kering dan mengerbang. Bila anda shampoo tumpukan pada kulit kepala sahaja . Yang hujung hujung rambut tu biar sabun lalu macamtu je. Tak payah gosok-gosok

Apa pun shampoo yang anda guna, focus pada akar saja dan biarkan air bilasan mengalir pada hujung rambut.

Lagi satu seeloknya larutkan shampoo di dalam cawan berisi air dahulu baru tuang pada rambut

Pernah dengar tak no-poo atau low-poo? Semua tu kaedah-kaedah mencuci rambut tanpa shampoo yang di cadangkan untuk rambut keriting untuk menjaga minyak semulajadi pada rambut demi mengekalkan rambut yang cantik. 

Keempat: tidak melakukan rawatan minyak panas

 Rawatan minyak panas menggunakan GardenHerbShop Hot Oil Treatment tertentu dapat menghilangkan dan menghalang kerosakan pada rambut. 

 

Kelima: tidak mengunci kelembapan rambut

 Sentiasa sapu produk rambut yang melembap dan anti mengerbang.

Penting sangat kerana rambut keriting cenderung kepada kering dan mengerbang. GardenHerbShop Hair Tonic lah jawabnya. Selain dari melembap, ada banyak lagi kebaikan lain

 

Keenam: jangan lawan kekeritingan rambut anda.

 Peluk dan sayangilah dia seadanya. Jangan ubah ok.

Kalau anda rebonding, anda ubah dia. Anda paksa dia berubah, anda tidak menyayangi dan tidak menghargai.

Yang terpenting, sayangi rambut anda.

Setkan dalam minda  bahawa rambut keriting adalah cantik jika kita jaga dia betul-betul. Kita tahu dia cenderung kering. So, kita kena rawat dan lembapkan selalu. Kalau rambut keriting ni tak cantik, takkan jadi trend kan?

 Akhir kata,

 “Embrace your curls, and treat them well”

“Hargai kekeritingan rambut anda dan jaga dia betul2”

Kami membantu anda menyihatkan, melembutkan dan meluruskan rambut semulajadi (bukan macam rebonding)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
X